AKTIVITI
Dialog / Ceramah
Grass Malaysia amat mengalu-alukan kepada sesiapa sahaja untuk mengadakan sesi dialog bersama baik daripada rakanrakan NGOs, badan kerajaan dan sebagainya. Antara yang pernah dijalankan oleh Grass Malaysia adalah Dialog Antara Agama mengenai alam sekitar yang bertempat di Perkampungan Orang Asli di Gombak
Ceramah ataupun ucapan awam disampaikan oleh Grass Malaysia kebanyakkan dalam program-program jemputan yang melibatkan IPTA, IPTS, badan kerajaan mahupun rakan NGOs kepada masayarakat setempat.
Edible Garden
Edible Garden, atau dikenali sebagai tanaman mesra alam yang melibatkan tanaman renek, tanaman hiasan dan sayur-sayuran selalu diketengahkan oleh pasukan Grass Malaysia. Hal ini bukan sahaja dapat mengajar masyarakat untuk menanam sendiri tanaman malahan dapat mengurangkan bilangan pembuangan botol-botol plastik dalam kehidupan seharian.
Kem Eco- Tahfiz
Kem Eco- Tahfiz, sering diadakan pada cuti-cuti sekolah yang melibatkan peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Dalam kem ini, Grass Malaysia ketengahkan modul yang berkaitan alam dan Al-Quran. Peserta akan diberikan beberapa surah lazim untuk dihafal sepanjang kem. Di hari akhir kem, peserta akan dapat kaitkan bahawa alam ini telah diceritakan dalam Al-quran berabad lamanya.
Recycle Playground
Taman Permainan yang menggunakan bahan terbuang
seperti tayar, kayu-kayu lama, botol plastik dan sebagainya dikenali sebagai Recycle Plaground. Banyak tempat dan sekolah yang telah diberikan latihan oleh Grass Malaysia antaranya ialah Muzium Seni Kuala kubu Bharu, Sekolah Menengah Salak Tinggi, Pusat Perlindungan Darul Wardah, Pelajar pendidikan khas SMK Sri Selayang dan banyak lagi


No comments